5 Cara Kreatif untuk Makan Biskut Potong

Kreativiti adalah lumrah manusia. Di Malaysia, ramai chef yang kreatif menghasilkan pelbagai jenis makanan. Begitu juga dengan pengguna yang mempelbagaikan cara hidangan untuk di makan.

Tahukah anda, kumpulan chef dari Malaysia telah memenangi pertandingan masakan di World Pastry Cup 2019 di Perancis. Ini membuktikan orang Malaysia khususnya sangat kreatif dalam makanan. Hebat orang kita!

Sedia maklum, kita memang sangat kreatif terutamanya dalam masakan dan makanan. Banyak hidangan dan menu dicipta untuk memberikan pelbagai pilihan dan warna dalam hidangan.

Anda sudah membeli biskut potong? Jadi bagaimana untuk jadi kreatif semasa memakannya? Jom kami beri 5 tips yang boleh anda cuba.

1. Makan dengan Kaya

Makanan berasaskan telur dan kelapa ini memang sangat digemari ramai. Biasanya kita makanan bersama rotiĀ  seperti Gardenia dan Massimo. Apa kata kali ini cuba makan dengan biskut potong. Sapu sedikit dan makan dengan roti yang rangup.

biskut dengan kaya

Kredit gambar: whattocooktoday.com

2. Cicah dengan Milo

Sarapan pagi tak lengkap dengan minuman Milo, terutamanya kepada anak-anak yang bersekolah. Lumrah kepada kita, jika buat Milo dan biskut, pasti kita akan cicah. Biar lembut baru senang nak makan.

Ditambah dengan coklat yang manis, biskut potong yang berkrim margerin, pasti lazat hidangan sarapan anak anda.

3. Cicah dengan Kopi atau Teh

Tradisi masyarakat kita di Malaysia, jika minum petang bersama biskut sudah semestinya dihidangkan dengan kopi atau teh panas.

roti potong kopi

Makan sambil berbual panjang bersama rakan dan ahli keluarga semestinya menambahkan lagi keceriaan waktu petang.

Orang dah balik kerja memang nak santai dan hilangkan tension. Jadi, lepak sambil cicah biskut dengan kopi memang satu aktiviti terbaik.

4. Makan dengan Sambal Bilis

Biskut potong juga boleh dimakan dengan sambal bilis. Baru terasa pedas dan manis.

5. Makan dengan Salad dan Mayonis

Untuk lebih sihat, anda boleh cuba dengan salad dan mayonis. Kreativiti ini terbaik jika anda memang ingin kurus. Selain dapat kurus anda juga dapat menjadikan menu hidangan satu amalan yang sihat.